Thursday, September 17, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum, dengan izin Allah SWT saya dapat mengupdate blog saya, sudah lame saya x update blog saya.. Saya ingin memohon minta maaf kepada pengunjung blog saya kerana tidak mengupdate blog ni kerana pelbagai masalh teknikal, yg utamanya ialah saya tiada mood untuk update blog ni selepas saya menamat LI pd awal bln 7... isk23x...........

Pada bln yg Mulia ni saya ingin memohon minta maaf dari ujung rambut ke ujung kaki jika tingkat laku, perangai, tutur kata dan sebagainya mengoris hati sesiapa yang mengenali saya secara langsung atau x langsung.. Di akhir kata, Selamat Menyambut hari Raya Aidil Fitri yg mulia.... Semoga semua dapat menigkatkan prestasi dan kurangkan kerenah semasa selepas hari Raya nanti....Insaallah.....

Saturday, July 4, 2009

Misi Berjaya

Alhamdulilah,

Akhirnya selama 2 minggu ni saya berjaya menyelesaikan misi penting ni iaitu menyiapkan Report LI....

Lepas ni saya akan berehat untuk menunggu inteview selasa depan.

Semoga berjaya menghadapi inteview..

Tuesday, June 30, 2009

Hari Terakhir

Akhirnya Tanggal 30/06/2009,
saya tamat bekerja di tempat LI aq ni.
Selepas ni aq akan menumpukan Report LI aq sebanyak 350% berbanding ari sebelumnya kerana sebelum ni aq wat report time waktu malam je. Pasni wat pagi sampai malam......
Huhu..... Sakitla....

Skung ni aq da wat Report 70% dimana tinggal 2 bab lg dimana aq da ade bahannya, cume "copy-paste-edit".
Hehe......

Target aq nk siap ari ni x kesampaian. Hope ari khamis ni semua da selesai wat. Pastu print la......
Semoga saya berjaya menyelesaikan misi penting ni demi masa depan negara yang tercinta ini......

Kepada budak LI, semoga berjaya menjalankan misi penting korang....

Yang Benar,
Jimmy

Friday, June 26, 2009

Create Own Form Using EmailMeForm

Perbagai jenis borang(form) yang terdapat di web / blog. Antaranya borang pesanan, feedback, message, comment, dan pelbagai lagi. Apabila kita menggunakan borang(form) sendiri, ia memudahkan pelawat memberi respont atau sebarang feedback kepada kita. Selain Itu pelawat tak perlu membuka email mereka untuk menghantar sesuatu perkara / message kepada kita. Antara perkhidmatan yang menawarkan pembangunan form sendiri iaitu EmailMeForm. Caranya:

1. Pergi ke www.emailmeform.com
2. Pastu Signup
3. Selesai register
4. Buat form, Click 'here to create a new form'

5. Sebelum itu, buat satu page 'thank you' kat web/blog anda.

**Panduan Untuk Pengguna Blogger:
-Masuk kat blog anda,
-Pastu buat satu post untuk 'page thank you'

-untuk letak 'page thank you' di belakang post yang pertama anda buat. Contohnya post pertama anda pada 12 Feb 09, dan 'page thank you' ni nak letak belakang post yang pertama seperti tarikh 1 Jan 09.
-Caranya pergi kat bahagian post option kat bahagian 'creat post'
-Letakkan pada bahagian 'Post date and Time' tarikh itu tarikh yang anda kehendaki seperti 1 jan 09.


-Pastu Publish.
-Ambek link address untuk 'page thank you'


6. Sekarang berbalik kat emailmeform lak.
7. Ambek link tadi dan paste kat bahagian 'Thank you page'
8. Kat Bahagian 'Number of Field' letakkat berapa banyak anda nk buat field
7. Klik Next
8. Pastu Masukkan maklumat hingga 'Step 6' and Finish.
9.Get the HTML Code.
10.Pastu coding tadi publish kat blog anda.
11.Untuk Pengguna Blogger, Jika nk letak kat bahagian belakang, ulang langkah 'Panduan Untuk Pengguna Blogger'

Ini Contoh borang(Form) yang saya dah buat. Klik kat sini

Tuesday, June 23, 2009

Misi

Misi Untuk Menyiapkan Laporan Akhir LI...
Cepatlah Siap!!!!!

Bil

Perkara

Tindakan

1

BAB 1-Pengenalan

(99 % Siap)

2

BAB 2-Sinopsis Buku Log

(30 % Siap)

3

BAB 3

(99 % Siap)

4 BAB 4 (50 % Siap)
5 BAB 5 (10 % Siap)
6 BAB 6 (10 % Siap)
7 BAB 7-Lampiran

Tunggu Siap Bab 1 – Bab 7

8 BAB 8-Kesimpulan Tunggu Siap Bab 1 – Bab 7

Sasaran Perlu Siap : 29/06/2009 (Isnin)
Tarikh Akhir Perlu Siap : 6/07/2009 (Ahad)

Saturday, June 20, 2009

Selamat Menyambut Hari Bapa

Ayah..

Di saat ku dilahiran di dunia,

Kau tersenyum menangis gembira,

Lalu kau laungkan azan ,

Kau berikan didikan kepada ku,

Antara yang baik dan buruk,
Bagai ditatang minyak yang penuh.



Ayah..

Akan ku gapai kejayaan biarpun bumi tak ku pijak,

Akan ku memburu kejayaan untuk kau ayah,

Itulah yang mampu ku balas jasa mu,

Yang membimbing ku jadi seorang insan yang berguna.



Ayah..

Pengorbananmu akan ku balas,

Ketegasan mu sentiasa jadi pegangan,

Biarpun angin berputar, ombak bersabung,

Kau tetap ayahku di hatiku...

Saturday, June 13, 2009

Akhirnya Kini Pasti

Akhirnya kini pasti,
ku habis alam LI(praktikel),
Kini ku pasti,
misi aku belum habis lagi,
ku mesti siapkan Laporan Akhir LI,
sebelum hujung bulan ini...

Lalala...Lala....La...

Akhirnya ku pasti,
ku akan datang lagi,
ke tempat praktikel ni,
selama 2 minggu lagi,
akan bekerja sebagai Pekerja,
bukan lagi budak praktikel lagi...

Lalala...Lala....

Aku tak tahu nak tulis apa lagi??...
nanti ku sambung lagi,
di musim akan datang...

Jumpa Lagi.....!!! Bye....

Friday, June 5, 2009

Perubahan Layout

Akhirnya terpaksa juga tukar layout yang baru kerana layout yang lame ade masalah untuk komen kat bahagian post. Disamping itu, saya juga sedang menukar nama domain blogspot saya ke domain yang baru iaitu co cc . Terima kasih kat saudara Amad beritahu masalah untuk komen kat post. Jika terdapat masalah lain semasa melawati blog saya, sila beritahu saya di ruangan sembang saya. Harap Maaf...

Sekian,

Terima Kasih.........

Wednesday, June 3, 2009

Operasi Pembedahan Berjaya

Tarikh bersejarah, tepat pukul 9.30pm pada 2 jun 09 bertempat di rumah saya, berlaku satu pembedahan kecil ke atas pesakit saya.

Pesakit saya mula menghidap penyakit kira2 bulan dis tahun lepas. Saya hanya berbekalkan dengan 3 skru driver dan tiada ilmu dalam bidang pembedahan ini, saya teruskan pembedahan ini juga.

Akhirnya, tepat pukul 10.30pm, pembedahan ini berjaya dengan jayanya. Saya dapat mengeluarkan benda asing di dalam badan pesakit saya iaitu batu, tetapi salah satu dari tulang rusuk dalam badan pesakit saya telah patah. Kehilangan satu dari tulang rusuk pesakit saya tidak menjejaskan kesihatan pesakit saya untuk beroperasi.

Pesakit saya ialah printer saya yang berjenama Epson Stylus C59. Printer saya sudah siap bersedia untuk menerima satu misi penting untuk print laporan akhir LI saya pada penhujung bulan ini, Insaallah. Harap2 dia berjaya untuk menjalankan misi tersebut dengan jayanya.

Monday, June 1, 2009

Buat Icon Sendiri Guna Paint

1.Pilih Gambar yang dikehendaki ke dalam ‘Paint’.


2.Kemudian, pilih kawasan gambar yang dikehendaki gunakan butang ‘select’



3.Kemudian, klik kanan mouse pada kawasan yang dipilih dan pilih ‘copy’.


4.Pergi menu ‘File’ dan Pilih ‘New’.


5.Kemudian ‘Paste’.




6.Apabila sudah berpuas hati, klik menu ‘File’ dan pilih ‘Save As’.



7.Pada ruangan "Save as type", pilih "24-bit Bitmap(*.bmp;*.dib)"
8.Pada ruangan "File name", masukkan name icon dan tambah .ico pada perkataan terakhir seperti name_icon.ico



9.Klik butang Save.
10.Lihat hasilnya.....


Untuk membuat icon yang lebih menarik, gunakan perisian Easy Icon maker, iconworkshop dan Converter Graphic Image.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru




Guru,

kau tidak loket mencurahkan ilmu,

kau tidak loket melayan kerenah ku,

kau tidak loket membimbing ku,

Untuk menjadi insan yang berguna.



Guru,

kau umpama cahaya yang menerangkan gelap,

kau yang membimbing ku menjadi orang berguna,

yang boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara.



Guru,

jasamu tidak ternilai,

pengajaranmu sentiasa disemat dihati,

ilmumu akan ku perjuangkan,

untuk menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang




"GURU PEMBINA NUSA BANGSA"

P/S : Setiap Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh Guru di Malaysia terutamnya yang mengajar saya untuk menjadi seorang yang berguna kepada agama,negara, bangsa dan negara.

Lagu Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html

Saturday, May 9, 2009

Selamat Menyambut Hari Ibu


Ibu..


Di saat ku dilahiran di dunia,

Kau tersenyum menangis gembira,

Pabila ku dibesarkan,

Kau berikan segunung kasih sayang,

Selautan belaian..

Bagai ditatang minyak yang penuh.



Ibu..

Akan ku gapai kejayaan biarpun bumi tak ku pijak,

Akan ku memburu kejayaan untuk kau ibu,

Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,

Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,

tempat lebah mencari madu,

Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti



Ibu..

Pengorbananmu akan ku balas,

Pengajaranmu sentiasa jadi pedoman,

Biarpun angin berputar, ombak bersabung,

Kau tetap ibuku yang satu.



P/S: Setiap hari AHAD Minggu ke-2 bulan MEI, kita akan menyambut Hari Ibu di Malaysia dan kebanyakan diluar negara yang sewaktu dengannya. Selamat Menyambut Hari IBU kepada seluruh dunia terutamnya ibu saya yang tercinta kerna mendidik saya menjadi orang yang berguna. Kepada sahabat-sahabat yang kehilang ibu yang tercinta, marilah kita bersedekah Al-Fatihah semoga ditempatkan digolongan yang beriman.

Tagged dari Amad

1.Adakah anda terasa anda hot?

Sungguh HOT hari ini kerana cuaca panas, sampai sakit tekak.



2. Upload gambar kegemaran anda.



3. Kenapa anda suka gambar ini?

Kerna ia memberi inspirasi, contoh, azam untuk mencapai kejayaan.



4. Bila kali terakhir makan pizza?

Tak ingat la.. Rasenya da lame tak makan.



5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Westlife - Flying Without Wings



6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?

Edit blog, ngaja budak, cari software dan cari bahan ilmiah



7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

Jimmy, Mie



8.Tag lagi 6

Sape ?????

~ Firdausi ~

~ Dzulmajdi ~

~ Fiq ~

~ Fatin ~

~ Zahidah ~

~ Marzuki ~



9.Sapa No 1 pada anda?

My Parents



10.Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?

Anak murid saya….



11.Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.

Thinks Positif



12.Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?

Cari ilmu selagi boleh



13.Siapakah orang nombor 2?

My Brothers and Sister



14. Bagi pesanan pada orang nombor 6?

Fikirlah kehadapan, cari satu matlamat untuk digapai…

Tuesday, May 5, 2009

Majlis Perkahwinan Cik Ariyah


Kepada yang mengenali Siti Ariyah Bt Shahlan (PA DIP4B sesi Jun 2009) beliau menjemput ke majlis perkahwinan beliau terutamnya student DIP4b(sesi Jun 2009). Majlis perkahwinan beliau akan berlangsung seperti dibawah:

Tempat:
No 69, Kampung Baru Timur,
Batu 16, 36300 Sungai Timun,
Perak.

Tarikh:
Sabtu (30 Mei 2009)

Untuk lebih tahu mengenai majlis perkahwinan beliau, sila pergi link ini http://azmiknight.t35.com/download/ck-ariyah.zip . Dan pergi ke [Google Map] untuk lebih tahu ke jalan sana.

P/S : Selamat Pengantin baru kepada Cik Ariyah, semoga melayari bahtera hingga ke akhir hayat. Amin.....

Thursday, April 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Assalamualaikum,

Kepada semua pekerja di seluruh dunia terutamanya rakyat Malaysia dan secara amnya warga PSIS dan yang sedang menjalani LI, Selamat Menyambut Hari Pekerja.

Tingkatkan Produktiviti, Kurangkan Birokrasi.

Sekian,

Yang Benar,

AzMi'Z

Wednesday, April 1, 2009

Khas Buat Sahabat PU

Assalamualaikum..

Diminta kesemua sahabat2 Pu sekalian menghubungi
sahabat Zulhilmi secepat yang mungkin...
As Soon As Posible!

(Ahmad Zulhilmi)
E-mail :rmart_gendut@hotmail.com
or
praktical_posmel@pos.com.my
Phone no: 013 - 3010158
Diharap dapat beri kerjasama...
dan sebarkan kepada sahabat yang lain..
Sekian, Wassalam..

Kehidupan Seperti Permainan Catur



Kehidupan ini bagai permainan catur...

Kita perlu mengatur strategi untuk menewaskan pihak lawan.

Di dalam permainan catur,

kita hendaklah memikir lebih dari tiga langkah kehadapan dari pihak lawan.


Semasa dalam permainan, kadang kala kita terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mencapai kejayaan.


Semasa dalam permainan, Kita harus memikir langkah terbaik untuk menewaskan pihak lawan, jika kita tersilap langkah maka kita akan kecundang akhirnya.


Tetapi kita boleh mengubah keputusan permainan jika kita berfikir untuk memperbaiki setiap kesilapan langkah kita.


Semasa dalam permainan, kita tidak boleh berpatah balik kalau tersilap langkah kerana kita harus teruskan permainan sehingga tamat.


Oleh itu, kita hendaklah berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan.

Wednesday, March 11, 2009

Meningkatkan prestasi Windows XP

1. RAM (Memori)


Secara ringkas, sekiranya anda menggunakan Windows XP, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1Gb RAM, dan sekiranya anda menggunakan Windows Vista, adalah lebih baik anda menggunakan 2Gb RAM atau lebih.

Untuk mengetahui jumlah RAM pada komputer anda, right-click pada My Computer >> Properties >> Lihat jumlah RAM yang ada pada komputer anda.

Untuk mengetahui jumlah penggunaan RAM pada komputer, right-click pada Taskbar >> Task Manager >> Pergi pada Memory (PF Usage)



2. Pastikan XP menggunakan konsep NTFS.


Jika anda tidak pasti, periksa dahulu. Caranya, dwi klik pada ikon My Computer, klik kanan pemacu C:, kemudian pilih Properties. Seterusnya, semak File System type. Jika ia mengatakan FAT32, sila simpan data-data penting anda. Kemudian, klik menu Start, Run, taipkan CMD, dan klik OK. Pada paparan “prompt”, taipkan CONVERT C:/FS:NTFS dan tekan kunci Enter. Proses ini mungkin mengambil masa. Jadi, pastikan PC tidak diganggu dan bebas virus.

Sistem fail yang digunakan oleh pemacu boleh boot ialah FAT32 atau NTFS. Anda disyorkan memilih NTFS untuk keselamatan yang lebih tinggi, boleh dipercayai, dan efisyen dengan pemacu keras bersaiz besar.



3. Matikan khidmat indexing file.


Khidmat akan mengekstrak maklumat dari dokumen dan fail lain pada pemacu keras dan mencipta "searchable keyword index." Kebanyakan orang tidak perlukan khidmat ini, lebih-lebih lagi digunakan di persekitaran korporat yang melibatkan ribuan dokumen dalam banyak komputer pelayan. Jika ia tidak perlu, bolehlah dimatikan. Caranya, dwi klik pada ikon My Computer >> klik kanan pemacu C: >> pilih Properties >> Jangan tanda pilihan "Allow Indexing Service to index this disk for fast file searching." Seterusnya, ubah pilihan kepada "C: subfolders and files," dan klik OK. Jika ada amaran atau mesej ralat muncul (seperti “Access id denied”), klik butang Ignore All.



4. Kosongkan folder Windows Prefetch.


Sila kosongkan folder (tempat simpanan data dan aplikasi yang kerap digunakan) setiap tiga bukan atau lebih. Prefetch boleh menjadikan proses pemuatan lebih pantas apabila diperlukan pengguna, tetapi dari masa ke semasa folder ini mungkin dipenuhi rujukan fail dan aplikasi yang tidak diperlukan lagi.

Kesannya, XP perlukan lebih masa, dan prestasi sistem perlahan kerana rujukan itu perlu dimuatkan. Kandungan folder ini tidak kritikal malah dipadam semuanya. Jadi kandungananya di C:\WINDOWS\Prefetch boleh dipadam secara manual atau menggunakan perisian.


5. Aktifkan fungsi DMA.



Mulakan dengan membuka tingkap Device Manager >> dwi-klik pada peranti IDE ATA/ATAPI Controller, dan pastikan bahawa DMA dihidupkan bagi setiap pemacu yang dihubungkan kepada Primary and Secondary Controller. Lakukan ini dengan dwiklik pada Primary IDE Channel dan klik kategori Advanced Settings. Pastikan Transfer Mode ditetapkan pada "DMA if available" untuk Device 0 dan Device 1. Ulangi proses yang sama pada Secondary IDE Channel pula.



6. Singkirkan semua spyware dalam PC.


Proses penyingkiran ini boleh dilakukan dengan menggunakan program percuma seperti:

# AdAware oleh Lavasoft

# Spyware Terminator

7. Buang mana-mana program dan/atau item tidak perlu dari rutin Windows Startup menggunakan utiliti MSCONFIG


Caranya, klik menu Start >> Run >> taipkan MSCONFIG >> klik OK >> Klik kategori Startup >> jangan tanda item yang tidak mahu dimulakan semasa memulakan Windows. Jika anda tidak pasti item yang boleh dipilih, kunjungi WinTasks Process Library. Ia mengandungi proses sistem yang diketahui, aplikasi, selain rujukan dan penjelasan mengenai spyware. Anda juga boleh mengenalpasti identitinya dengan menjejaki berdasarkan nama fail menggunakan Google atau enjin carian web lain.

Matikan animasi yang tidak perlu dan matikan fungsi “active desktop”.

Bagi mendapat prestasi optima, anda boleh mematikan semua animasi. XP juga menawarkan beberapa ketetapan berbeza dalam hal ini.

Caranya, klik pada ikon System dalam Control Panel >> klik kategori Advanced >> Pilih butang Settings di bawah Performance. Di sini anda bebas memilih pilihan yang ada, kerana perubahan yang anda buat tidak akan mengubah aspek kebolehpercayaan PC anda – cuma tahap tindak balasnya sahaja.



8. Membuka tingkap berasingan.



Sekiranya anda menghadapi masalah tingkap Windows Explorer yang sering

menganggu dan menjejaskan prestasi OS, cuba langkah berikut. Buka My Computer, klik Tools, kemudian Folder Options. Kemudian klik pada kategori View. Gelongsor ke bawah hingga anda temui pilihan "Launch folder windows in a separate process,". Tandakan pilihan ini. Anda perlu membootkan semula PC untuk membolehkan pilihan ini diaktifkan. Perhatikan samada gangguan tadi dapat diatasi.



9. Terlalu banyak Program Keselamatan


Program Keselamatan ialah program seperti Antivirus, Antispyware, Firewall dan yang seumpama dengannya. Secara umumnya, setiap komputer hanya memerlukan SATU Antivirus, SATU Antispyware dan Satu Firewall.Sesetengah komputer mempunyai satu program yang mengandungi gabungan ketiga-tiga unsur berkenaan. Program ini biasanya dipanggil Internet Security Suite. Komputer yang mempunyai Internet Security Suite, telah mempunyai satu Security Program yang lengkap. Tidak perlu untuk install mana-mana antivirus/antispyware/firewall tambahan.



10. Buang program yang tidak lagi dipakai


Kebiasaannya, pengguna komputer tidak "uninstall" sebarang program yang tidak lagi dipakai. Ini menyebabkan pembaziran ruang pada hard disk. Sekiranya hard disk menjadi semakin penuh, ianya boleh menyebabkan prestasi komputer menjadi lebih lambat. Sekiranya anda tidak lagi menggunakan mana-mana program, anda boleh "uninstall" program tersebut. Ini dapat mengurangkan jumlah ruang yang dipakai dalam hard disk

Anda boleh pergi ke Start >> Control Panel >> Add or Remove Programs (untuk

Windows XP) atau Programs and Features (untuk Windows Vista) >> uninstall program yang tidak dikehendaki



11. Buang segala temporary files


Temporary file biasanya terjadi apabila kita melayari internet. Selalunya temporary files datang samada dalam bentuk cookies, atau download yang terputus (tak habis), file yang tersimpan dalam Recycle Bin, URL/Autocomplete history dan bermacam lagi.Terdapat beberapa software yang biasa digunakan untuk membersihkan temporary files ini, antaranya.

# CCleaner

# EasyCleaner


Dan kemudian kita boleh menggunakan fungsi Disk Cleanup pada My Computer. Caranya ialah, buka My Computer >> right-click pada C:\ drive >> pada tab General, tekan Disk Cleanup >> Tandakan semua bahagian yang ingin dikosongkan

>> Tekan Ok



12. Defragment


Defragment Disk adalah sangat penting. Ianya bertujuan untuk "menyusun" kembali file dan cluster yang "berselerak" akibat penggunaan komputer yang kerap. Kebiasaannya, disk defragment dilakukan ketika kita tidak menggunakan komputer (seperti ketika tidur). Ini kerana disk defragment biasanya mengambil masa yang lama.


Terdapat beberapa jenis Disk Defragment percuma yang popular.

# Defraggler

# IObit SmartDefrag

# Ultra Defrag


Anda hanya memerlukan SATU sahaja software percuma di atas



13. Bad Sector


Ini berlaku apabila terdapat sebahagian cluster dalam hard disk yang menjadi bad sector. Sekiranya ini berlaku, adalah lebih baik anda back-up segala data dan maklumat penting kerana ini merupakan salah satu tanda hard disk tersebut semakin mencapai tahap penggunaannya. Dengan kata lain, bersiap sedia dengan kemungkinan membeli hard disk baru..

Untuk membaiki Bad Sector ini, buka My Computer >> right-click pada C:\ drive >> pada tab Tools, tekan Check Now.. >> Tandakan pada kotak Automatically fix file system errors dan Scan for and attempt recovery of bad sectors >> Tekan Start

Jangan lakukan apa-apa terhadap komputer ketika proses ini sedang berjalan sehingga tamat



14. Bersihkan komputer anda!


Percaya atau tidak, habuk dan kotoran yang melekat pada perkakas komputer seperti motherboard, dan heatsink/fan juga boleh menyebabkan prestasi komputer menurun.. Habuk yang tidak dibersihkan menyebabkan pengaliran haba tersekat, dan menjejaskan prestasi komponen sensitif komputer.

Bersihkan komputer anda sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan sekali..Gunakan berus (brush) untuk membersihkan komponen dari habuk.. JANGAN sekali-kali menggunakan kain kerana ini boleh menyebabkan pengaliran cas elektrostatik seterusnya merosakkan komponen sensitif komputer. JANGAN meletak komponen seperti Processor, Motherboard atau Kad Grafik pada karpet atau sebarang permukaan kain. Sekiranya anda menanggalkan heatsink dari tempat asalnya, pastikan anda meletakkan sedikit thermalpaste antara permukaan processor (atau chip) dengan heatsink.. Thermalpaste berfungsi sebagai pengantar pengaliran haba dari permukaan processor (chip) ke heatsink..



15. Ubah suai Registry ( Untuk Windows XP SP1 > XP SP3)


# Pergi ke Start >> pilih “Run

# Taip regedit

# Pergi ke key ini :

HKEY_LOCAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\ContentIndex

# Cari key “Startup Delay” dan double klik. Ubah jadi 40000.

# Kemudian, Restart balik komputer untuk lihat kesannya.




Thursday, March 5, 2009

Sirah Nabi Muhammad S.A.W


Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.


Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad


Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.


"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)


Abdul Mutallib Wafat


Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.


Muhammad diasuh oleh Abu Talib


Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.


Penurunan Wahyu Pertama


Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat Quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.


"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)


Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.


Dakwah Secara Terang-terangan


Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.


"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.)


Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:


"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"


Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.


Kewafatan Khadijah dan Abu Talib


Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.


Penghijrahan Ke Madinah


Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.


Negara Islam Madinah


Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:


"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."


Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w


Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.


Di balik kehidupan insan bernama: "Muhammad"


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.


Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur
Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')


Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."


Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."


Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.


Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :


"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"


"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"


"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"


Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.


Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,


"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"


Jawab baginda dengan lunak,


"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


Rasulullah s. a. w. bersabda,


"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"


Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.


1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.


2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.


3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.


4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.


5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.


6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.


7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.


8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.


9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.



Thursday, January 1, 2009

Contact Me



Nama Anda*
Email Anda*
Web / Blog (Jika Ada)
Subject*
Upload File (Jika Ada)
Message*



Tanda * ini mesti diisi.
Untuk upload file, sila Zip/Rar dulu file untuk memudahkan upload file anda. Jika tiada software WinRar, sila download di link Ini.

About Me

Nama : Muhamad Azmi Bin Zainal


Lahir : November 1989


Tempat Lahir : Hospital Mentakab, Pahang.


Tinggal : Alor Gajah, Melaka


Pendidikan : Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam


Bekas Pelajar :

  • SK Panching, Kuantan (1996-2000)

  • SRK Seri Bidor, Bidor (2000-2001)

  • SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor (2002-2005)

  • SMK Dato' Haji Talib Karim, Alor Gajah(2005-2006)

E-Mail : azmi@azmiknight.co.cc


E-Mail : azmi_knight06@yahoo.com.my
(Yahoo Messenger, Friendster, Myspace)

Terima Kasih

Terima Kasih
Kerana Menghantar Message Anda.

Message Anda
Akan Dihantar Ke E-Mail Admin
Iaitu:
azmi@azmiknight.co.cc

Jika Ade Sebarang
Pertanyaan / Masalah,
Sila Hantar Message Ke Email Admin
Seperti Di Atas.